Bezza 1.0 GXtra (MT)

RM 35,699.00

Perodua Bezza terima anugerah ‘Kereta Terbaik’ dari Majlis Rekabentuk Malaysia bagi kategori Produk Pengangkutan dan Kawasan Awam 2016

Perodua Bezza dinobatkan sebagai kereta terbaik oleh Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi kategori produk pengangkutan dan kawasan awam 2016.

Anugerah berkenaan telah diserahkan oleh MRM dalam satu majlis Anugerah Reka Bentuk Terbaik Malaysia 2016/2017 baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata pengiktirafan yang diberikan ini adalah sebagai satu penghargaan terhadap usaha gigih bagi menghasilkan sebuah kereta berjenama Malaysia dengan ciri-ciri standard global.

“Malahan ia juga akan membantu kami untuk terus mempertingkatkan keupayaan yang diharapkan dapat melangkaui jangkaan pelanggan. Ini kerana kami sememangnya yakin dengan pendirian untuk sentiasa menambah baik aktiviti sedia ada”, katanya.

Bahagian atas badan Perodua Bezza itu direka sepenuhnya oleh Perodua dan merupakan kereta sedan nasional pertama berstatus Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Perodua Bezza telah dilancarkan pada 21 Julai 2016 dan kini masih menjadi sedan terlaris di pasaran bagi suku pertama 2017 dengan mencatatkan jualan sebanyak 15,900 unit. Setakat ini, Bezza telah terjual sebanyak 50,900 unit sejak ia dilancarkan.

Baru-baru ini, Perodua telah mengumumkan sedikit peningkatanbagi model Bezza ini dengan memberikan suntikan lebih segar untuk bahagian belakang dan kabinnya. Di mana bampar belakangnya telah diperkemaskinikan, dengan bahagian tersebut dilabuhkan sedikit serta dicat dengan warna yang sama dengan badan.

Malahan Perodua turut memberikan sedikit penggayaan berbeza pada kabinnya yang melibatkan varian Premium X dan Advance di mana ia telah ditampilkan dengan kekemasan platinum krom baharu (sebelum ini dengan kekemasan perak) terutamanya pada butang kawalan pendingin hawa.

 

Harga

  • +Air conditioning
  • +Leather interior
  • +Xenon
  • +Parking sensors
  • +Alloy wheels
  • +Cruise control
  • +ABS
  • +ESP
Company:
KOBUDI SDN BHD
Phone:
+60 13-272 7555
Email:
azwan2727@gmail.com
Country:
MY
State:
Selangor
Town:
Shah Alam